The story is begin from here..

I'm As A Technician

Assalamualaikum, hoi hoi guys bertemu lagi kita kan HAHA. Kenapa rasa semak? Shuhh pergilah jauh jauh okay tak kisah pun. Dulu aku digelar student. Belajar sana belajar sini last last aku berhenti jugak belajar atas sebab sebab tertentu bukan sebab apa okay. Masalah akan datang jugak tanpa pengetahuan kita kan :')

So lepas aku tinggalkan Universiti Selangor dalam 4 bulan, tak kan nak menganggur kan. Aku buat keputusan untuk full time kerja until aku mati. Aku nak ringankan beban family aku nak tolong bapak aku sikit terpaksalah aku buat keputusan drastik macam nie and nekad taknak belajar dah sebab malas and sebab lain. Daripada aku habiskan duit mak bapak aku dekat sana better aku cari duit sendiri. Belajar banyak still kepala hotak aku nie bengap taktau kenapa -,-"

Soil Treatment at Kuala Sepetang

Nampak kan gambar kat atas nie? Bukan gambar hiasan tapi the real picture. Itulah kerja aku *bukan semua kerja buat itu* Itu just kerja untuk rawatan tanah. Eh, potpet potpet aku nie korang tahu ker apa aku kerja nie? Haa aku kerja Pest Control sebagai Technician jer. Biasalah pelan pelan kayuh nanti up sikit jawatan tuh HAHA *berangan* Bukan senang nak cari duit and bila dah dapat duit bukan susah nak habiskannya kan :D It's normal bukan aku jer macam tuh, but kalau fikir future duit memang berguna so start from now aku kena menyimpan, nak kahwin wei *blushing* Pada korang, aku nasihatkan jangan membazir sangat dapat duit simpan. Guna bila perlu jer okay. Tak susah pun tapi agak sempit sikit. Biar sempit sekarang jangan sempit nanti kan? Aku cakap nie bukan nak cakap aku nie bagus tapi aku tahu aku nie macam mana aku taknak koran macam aku and kalau boleh sambung belajar, korang sambung okay jangan sia siakan hidup korang :') By the way aku rindukan membe membe aku dekat Unisel dulu :'(

Worried About You

Assalamualaikum guys :) Fuh fuhh *tiup habuk* kesian blog kesayangan aku nie dah lama kena tinggal dengan aku. HAHA now aku guna kau balik okay dah make up cantik cantik tau jangan merajuk dah tau :) Okay, nak story sikit pasal buah hati kesayangan aku nie, tak berapa nak sihat. Kesiannya dia yerk..

Sekarang musim panas, malam pun panas apatah lagi siang kan. So kalau kurang minum air masak, kurang sejukkan badan tuh confirm macam macam penyakit datang. Itulah namanya Allah nak menguji hambaNya. Kenapa nak hairan kan? Watlek watpeace (^,^)v

That my LOVE

Sayang, you jaga diri you elok elok tau, jangan buat I risau memanjang makan ubat ikut time jangan nak degil okay. Cubit pipi you nanti :D Syukur sangat ada teddy dekat sisi you yang selalu teman you time sakit and tidur. Itulah gunanya I belikan you teddy comel tuh supaya dapat teman you. I tahu you tengah gantikan puasa but kalau tak larat jangan push push sangat. Tak elok untuk kesihatan you jugak. Please kali nie dengar cakap I tau nanti apa apa jadi misalnya you pengsan puasa you sia sia jer kan. Urm I risaukan you, I sayangkan you, I rindukan you and I really really love you dear.